Batil

30/06/2024

minit bacaan



Dua jenis air yang tidak sah digunakan untuk mandi Janabah

Teks Bahasa Arab

قول أبي هريرة: مَاءَانِ لا يُجْزِيَانِ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ؛ مَاءُ الْبَحْرِ وَمَاءُ الْحَمَّام.

Teks Bahasa Melayu

Kata-kata: “Dua jenis air yang tidak sah digunakan untuk mandi Janabah iaitu air laut dan air di dalam tempat mandian”

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 6, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الجوزقاني: باطل تفرد به محمد بن المهاجر أيضا، وكان يضع الحديث، واستدركه السيوطي بأنه أخرجه ابن أبي شيبة في مصنفه، بإسناد ليس فيه

Al-Jauzaqani berkata: Hadith ini batil, kerana Muhammad bin al-Muhajir juga berseorangan meriwayatkannya, beliau adalah seorang pereka hadith, al-Suyuti menyatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannaf dengan sanad tanpa perawi bernama Muhammad bin al-Muhajir, Abdul al-Razaq juga meriwayatkan daripada perkataan Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.