Dua golongan yang tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يدنو من خلقه، فيستغفر لمن استغفر؛ إلا البغي بفرجها، والعشار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT akan mendekati makhluk-Nya, lalu Dia memberikan keampunan kepada sesiapa yang memohon keampunan kecuali wanita yang melacurkan kemaluannya dan pemungut cukai.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis nombor 7238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن كلاب بن أمية أنه لقي عثمان بن العاص، فقال: ما جاء بك؟ قال: استعملت على عشور الإبل، قال: فإني سمعت رسول الله ﷺ: إن الله يدنو من خلقه، فيستغفر لمن استغفر؛ إلا البغي بفرجها، والعشار.
[عد، ((الضعيفة)) (1963)]

(Lemah)
Daripada Kilab bin Umayyah bahawa beliau pernah bertemu ‘Uthman bin Abi al-‘As, lalu Uthman bertanya: Apa tujuan kamu ke mari? Kilab berkata: Aku telah ditugaskan untuk memungut cukai unta, Uthman berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT akan mendekati makhluk-Nya, lalu Dia memberikan keampunan kepada sesiapa yang memohon keampunan kecuali wanita yang melacurkan kemaluannya dan pemungut cukai.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1963]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs