Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يَدْنُو مِنْ خَلْقِه، فيستغفرُ لِمَنِ استغفَرَ؛ إلا البَغِيَّ بِفَرْجِها، والعَشَّارَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT akan mendekati makhluk-Nya, lalu Dia memberikan keampunan kepada sesiapa yang memohon keampunan kecuali wanita yang melacurkan kemaluannya dan pemungut cukai.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis no. 7238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن كلاب بن أمية أنه لقي عثمان بن العاص، فقال: ما جاء بك؟ قال: استعملت على عشور الإبل، قال: فإني سمعت رسول الله ﷺ: إن الله يدنو من خلقه، فيستغفر لمن استغفر؛ إلا البغي بفرجها، والعشار. [عد، ((الضعيفة)) (1963)]
(Lemah) Daripada Kilab bin Umayyah bahawa beliau pernah bertemu 'Uthman bin Abi al-'As, lalu Uthman bertanya: Apa tujuan kamu ke mari? Kilab berkata: Aku telah ditugaskan untuk memungut cukai unta, Uthman berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT akan mendekati makhluk-Nya, lalu Dia memberikan keampunan kepada sesiapa yang memohon keampunan kecuali wanita yang melacurkan kemaluannya dan pemungut cukai. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1963]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman