Daif tetapi boleh menjadi kuat dengan sekumpulan jalur sanad

30/06/2024

minit bacaan



Dua golongan yang tidak akan pernah kenyang iaitu orang yang menuntut ilmu dan orang yang mencari dunia

Teks Bahasa Arab

منهومانِ لا يشبَعانِ طالبُ علمٍ وطالبُ دُنيا.

Teks Bahasa Melayu

Dua golongan yang tidak akan pernah kenyang iaitu orang yang menuntut ilmu dan orang yang mencari dunia.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Daif tetapi boleh menjadi kuat dengan sekumpulan jalur sanad

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ولبعضه شَوَاهِد كَحَدِيث «منهومان لَا يشبعان طَالب علم وطالب دنيا» وَهَذَا وَإِن كَانَ مُفْرَدَات طرقها مَعَ اخْتِلَاف الْأَلْفَاظ ضَعِيفَة لَكِن بمجموعها يتقوى.

“Dua golongan yang tidak akan pernah kenyang iaitu orang yang menuntut ilmu dan orang yang mencari dunia.” Walaupun jalan periwayatan dan perbezaan lafaz pada setiap jalan riwayat tersebut adalah daif akan tetapi apabila dikumpulkan ia akan menjadi kuat.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.