TEKS BAHASA ARAB
ما من حافظين يرفعان إلى الله – تبارك وتعالى-؛ يرى الله في أول الصحيفة خيراً، وفي آخرها خيراً؛ إلا قال الله – تعالى – لملائكته: أشهدكم أني قد غفرت لعبدي ما بين طرفي الصحيفة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada dua (malaikat) yang menjaga amalan mengangkat amalan kepada Allah, lalu Dia melihat di awal suratan amalnya baik dan di akhir suratan amalnya pun baik, melainkan Allah berkata kepada para malaikat: Aku menjadikan kamu saksi bahawa Aku mengampunkan dosa hamba-Ku di antara kedua kulit suratan amalnya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2001, hadis nombor 10036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – مرفوعاً: ما من حافظين يرفعان إلى الله – تبارك وتعالى-؛ يرى الله في أول الصحيفة خيراً، وفي آخرها خيراً؛ إلا قال الله – تعالى – لملائكته: أشهدكم أني قد غفرت لعبدي ما بين طرفي الصحيفة.
[ت، ع، ابن عساكر، المخلص في ((الفوائد المتنقاة))، ابن النجار، هب، ((الضعيفة)) (2239)]
(Sangat Lemah)
Daripada Anas Bin Malik RA. -diriwayat secara marfu’-: Tidak ada dua (malaikat) yang menjaga amalan mengangkat amalan kepada Allah, lalu Dia melihat di awal suratan amalnya baik dan di akhir suratan amalnya pun baik, melainkan Allah berkata kepada para malaikat: Aku menjadikan kamu saksi bahawa Aku mengampunkan dosa hamba-Ku di antara kedua kulit suratan amalnya.
[Riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya, Abu Ya’la, Ibn Asakir, al-Mulakhas dalam al-Fawaid al-Muntaqah, Ibn al-Najjar dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2239]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.