Dua golongan yang jauh daripada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أبعد الخلق من الله رجلان: رجل يجالس الأمراء؛ فما قالوا من جور؛ صدقهم عليه، ومعلم الصبيان؛ لا يواسي بينهم، ولا يراقب الله في اليتيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makhluk yang paling jauh daripada Allah ada dua jenis lelaki: Seorang lelaki yang duduk bersama pemimpin-pemimpin, apa yang mereka katakan dari kezaliman, maka dia membenarkan mereka, juga orang yang mengajar kanak-kanak, tidak berlaku adil kepada mereka, dan tidak merasakan Allah sedang mengawasinya dalam menguruskan hal anak yatim.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 849, hadis nombor 4354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة الباهلي-رضي الله عنه- قال: ((أبعد الخلق من الله رجلان: رجل يجالس الأمراء؛ فما قالوا من جور؛ صدقهم عليه، ومعلم الصبيان؛ لا يواسي بينهم، ولا يراقب الله في اليتيم)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6158)].

(Munkar)
Daripada Abu Umamah al-Bahili RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk yang paling jauh daripada Allah ada dua jenis lelaki: Seorang lelaki yang duduk bersama pemimpin-pemimpin, apa yang mereka katakan dari kezaliman, maka dia membenarkan mereka, juga orang yang mengajar kanak-kanak, tidak berlaku adil kepada mereka, dan tidak merasakan Allah sedang mengawasinya dalam menguruskan hal anak yatim.”
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6158].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.