TEKS BAHASA ARAB
أشراف أمتي حملة القرآن، وأصحاب الليل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Umatku yang paling mulia adalah pembawa (hafaz) al-Qur’an dan orang yang beribadah pada waktu malam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1430, hadis nombor 7263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: أشراف أمتي حملة القرآن، وأصحاب الليل.
[طب، الإسماعيلي، عد، السهمي، هب، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2416)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umatku yang paling mulia adalah pembawa (hafaz) al-Qur’an dan orang yang beribadah pada waktu malam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Isma'ili, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Sahmi, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2416]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.