Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خصلتانِ لا يَجْتَمِعَانِ في مؤمنٍ، البَخْلُ وسوءُ الخُلُقِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua ciri yang tidak akan terhimpun bersama di dalam diri seorang mukmin, sifat bakhil dan akhlak yang buruk.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 181, hadis no. 924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((خصلتان لا يجتمعان في مؤمن، البخل وسوء الخلق)). [خد، ت، الدولابي، ابن الأعرابي، القضاعي، ((الضعيفة)) (1119)]
(Daif) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua ciri yang tidak akan terhimpun bersama di dalam diri seorang mukmin, sifat bakhil dan akhlak yang buruk. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tirmizi dalam Sunan beliau, al-Dulabi, Ibn al-A’rabi dan al-Quda‘ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1119]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman