Dua ciri yang mana sekiranya seseorang itu memiliki keduanya maka Allah akan menuliskannya sebagai seorang yang bersyukur lagi penyabar

TEKS BAHASA ARAB

خصلتان من كانتا فيه كتبه الله شاكرا صابرا: من نظر في دينه إلى من هو فوقه فاقتدى به، ونظر في دنياه إلى من هو دونه فحمد الله على ما فضله الله به عليه كتبه الله شاكرا صابرا، ومن نظر في دينه إلى من هو دونه، ونظر في دنياه إلى من هو فوقه فاسف على ما فاته منه لم يكتبه الله شاكرا ولا صابرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua ciri yang mana sekiranya seseorang itu memiliki keduanya maka Allah akan menuliskannya sebagai seorang yang bersyukur lagi penyabar: (Iaitu) seseorang yang melihat dalam urusan agamanya ke arah seseorang yang lebih tinggi darinya lalu dia mengikutinya, Dan dia melihat dalam urusan dunianya ke arah seseorang yang lebih rendah darinya, lalu dia memuji Allah atas segala kelebihan yang telah Allah kurniakan kepadanya. Maka Allah akan menulisnya sebagai seorang yang bersyukur lagi penyabar. Manakala sesiapa yang melihat dalam urusan agamanya kepada seseorang yang lebih rendah darinya, dan dia melihat dalam urusan dunianya kepada seseorang yang lebih tinggi darinya, lalu dia berasa sedih dengan kekurangan yang dimilikinya, maka Allah tidak akan menulisnya sebagai seorang yang bersyukur dan tidak pula sebagai seorang yang penyabar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 189, hadis nombor 973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((خصلتان من كانتا فيه كتبه الله شاكرا صابرا: من نظر في دينه إلى من هو فوقه فاقتدى به، ونظر في دنياه إلى من هو دونه فحمد الله على ما فضله الله به عليه كتبه الله شاكرا صابرا، ومن نظر في دينه إلى من هو دونه، ونظر في دنياه إلى من هو فوقه فاسف على ما فاته منه لم يكتبه الله شاكرا ولا صابرا)).
[ابن المبارك، ت، البغوي، ابن السني، ((الضعيفة)) (‌‌1924)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua ciri yang mana sekiranya seseorang itu memiliki keduanya maka Allah akan menuliskannya sebagai seorang yang bersyukur lagi penyabar: (Iaitu) seseorang yang melihat dalam urusan agamanya ke arah seseorang yang lebih tinggi darinya lalu dia mengikutinya, Dan dia melihat dalam urusan dunianya ke arah seseorang yang lebih rendah darinya, lalu dia memuji Allah atas segala kelebihan yang telah Allah kurniakan kepadanya. Maka Allah akan menulisnya sebagai seorang yang bersyukur lagi penyabar. Manakala sesiapa yang melihat dalam urusan agamanya kepada seseorang yang lebih rendah darinya, dan dia melihat dalam urusan dunianya kepada seseorang yang lebih tinggi darinya, lalu dia berasa sedih dengan kekurangan yang dimilikinya, maka Allah tidak akan menulisnya sebagai seorang yang bersyukur dan tidak pula sebagai seorang yang penyabar.
[Riwayat Ibn al-Mubarak, al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Baghawi dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1924]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs