TEKS BAHASA ARAB
نعلان أجاهد فيهما خير من أن أعتق ولد الزنى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dua capal yang aku gunakan untuk berjihad lebih baik daripada aku membebaskan anak zina.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006, hadis nombor 5183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ميمونة بنت سعد مولاة النبي ﷺ: أن رسول الله ﷺ سئل عن ولد الزنى؛ فقال: نعلان أجاهد فيهما خير من أن أعتق ولد الزنى. [هـ، ك، حم، ابن راهويه، الضعيفة (4691)].
(Lemah) Daripada Maimunah binti Sa’d, hamba Nabi SAW: Rasulullah SAW ditanya berkaitan anak zina, maka baginda bersabda: Dua capal yang aku gunakan untuk berjihad lebih baik daripada aku membebaskan anak zina. [Riwayat Sunan Ibn Majah, Mustadrak al-Hakim, Musnad Ahmad, dan Ibn Rahawayh. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4691].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.