TEKS BAHASA ARAB
إن من الذنوب ذنوبا لا يكفرها إلا الوقوف بعرفة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya dalam kalangan dosa terdapat dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan berwuquf di Arafah.
STATUS
Tidak Dijumpai
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 69, hadis nombor 67. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال العراقي: لم أجد له أصلا.
Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpai asalnya.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.