Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَ صغيرٌ بصغيرٍ معَ الإصرارِ، وليست كبيرةٌ بِكبيرةٍ معَ الاستغفارِ، طوبى لمن وجدَ في كتابه يومَ القيامةِ استغفارًا كثيرًا.
Teks Bahasa Melayu
Dosa yang kecil tidak dikira kecil sekiranya dilakukan secara berterusan, manakala dosa yang besar tidaklah dikira besar selama mana diiringi istighfar. Beruntunglah bagi sesiapa yang terdapat di dalam catatan amalannya pada hari kiamat istighfar yang banyak.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis no. 7807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dosa yang kecil tidak dikira kecil sekiranya dilakukan secara berterusan, manakala dosa yang besar tidaklah dikira besar selama mana diiringi istighfar. Beruntunglah bagi sesiapa yang terdapat di dalam catatan amalannya pada hari kiamat istighfar yang banyak.” [Riwayat al-Tabarani di dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5551]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman