Dosa tidak akan dilupakan, kebaikan tidak akan lenyap

TEKS BAHASA ARAB

الذنب لا ينسى، والبر لا يبلى، والديان لا يموت، فكن كما شئت، فكما تدين تدان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dosa tidak akan dilupakan, kebaikan tidak akan lenyap, dan Sang Pembalas (Allah) tidak akan mati. Maka jadilah apa yang kamu mahu, kerana kamu akan dibalas setimpal sebagaimana yang kamu lakukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 478, hadis nombor 2570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر–رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الذنب لا ينسى، والبر لا يبلى، والديان لا يموت، فكن كما شئت، فكما تدين تدان)). [عد، ((الضعيفة)) (4124)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Dosa tidak akan dilupakan, kebaikan tidak akan lenyap, dan Sang Pembalas (Allah) tidak akan mati. Maka jadilah apa yang kamu mahu, kerana kamu akan dibalas setimpal sebagaimana yang kamu lakukan.”
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4124]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs