Dosa paling besar pada hari kiamat adalah dosa yang melibatkan kebatilan

TEKS BAHASA ARAB

إن أعظم الناس خطايا يوم القيامة أكثرهم خوضا في الباطل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dosa manusia yang paling besar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak terlibat (terjerumus) dalam kebatilan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 715, hadis nombor 3655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن قتادة قال: قال ﷺ: إن أعظم الناس خطايا يوم القيامة أكثرهم خوضا في الباطل.
[ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (7064)]

(Lemah)
Daripada Qatadah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dosa manusia yang paling besar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak terlibat (terjerumus) dalam kebatilan.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7064]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs