Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذَنْبُ العالِمِ ذَنْبٌ واحِدٌ وَذَنْبُ الجاهِلِ ذِنْبانِ
Teks Bahasa Melayu
Dosa orang alim dikira satu dosa, dosa orang jahil pula dikira dua dosa.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 39, hadis no. 197. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dosa pendusta pula tiga dosa. Penulis (al-Suyuti) telah membuang baki hadith tersebut dengan sengaja, ia terdapat dalam riwayat al-Dailami, (lafaznya ialah) dikatakan: Kenapa, wahai Rasulullah?. Jawab Baginda: Orang alim diazab kerana melakukan dosa, orang jahil pula diazab kerana melakukan dosa dan meninggalkan ilmu. Penambahan lafaz ini menambahkan irama kepada alat gambus. Saya tidak tahu apa yang saya ingin katakana kepada penulis (al-Suyuti) selepas ini. Moga Allah memaafkannya dan mengampunkannya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman