Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ خَطِيئَةُ دَاُودَ عَلَيْهِ السَّلَامُ النَّظَرَ.
Teks Bahasa Melayu
Dosa Nabi Daud AS adalah pada pandangan mata.
Sahabat Perawi
- Huzaifah bin al-Yaman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658, hadis no. 8369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كان خطيئة داود عليه السلام النظر)). [فر، ((الضعيفة)) (313)].
(Palsu) Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA secara marfu’: ((Dosa Nabi Daud AS adalah pada pandangan mata)). [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 313].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman