Dosa mengumpat lebih dahsyat berbanding dosa berzina

TEKS BAHASA ARAB

الغيبة أشد من الزنا، إن الرجل يتوب فيتوب الله عليه، وإن صاحب الغيبة لا يغفر له حتى يغفر له صاحبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Dosa) Mengumpat lebih dahsyat berbanding (dosa) berzina. Sekiranya seorang lelaki (yang berzina) itu bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat itu tidak akan diampunkan dosanya sehingga orang yang diumpatnya itu memaafkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis nombor 90. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الغيبة أشد من الزنا، إن الرجل يتوب فيتوب الله عليه، وإن صاحب الغيبة لا يغفر له حتى يغفر له صاحبه)).
[السلفي في ((الطيوريات، وابن عبدالهادي في ((جزء أحاديث…))، ((الضعيفة)) (1846)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Dosa) Mengumpat lebih dahsyat berbanding (dosa) berzina. Sekiranya seorang lelaki (yang berzina) itu bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat itu tidak akan diampunkan dosanya sehingga orang yang diumpatnya itu memaafkannya.
[Riwayat al-Salafi dalam al-Thuyuriyyat, Ibn ‘Abd al-Hadi dalam Juzu’ Ahadis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1846]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs