Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغِيبةُ أَشَدُّ مِنَ الزِنَا، إن الرجلَ يَتُوبُ فَيَتُوبُ الله عليه، وإنَّ صاحبَ الغيبةِ لَا يُغفرَ له حتى يغفر له صاحبُه.
Teks Bahasa Melayu
(Dosa) Mengumpat lebih dahsyat berbanding (dosa) berzina. Sekiranya seorang lelaki (yang berzina) itu bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat itu tidak akan diampunkan dosanya sehingga orang yang diumpatnya itu memaafkannya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis no. 90. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Dosa) Mengumpat lebih dahsyat berbanding (dosa) berzina. Sekiranya seorang lelaki (yang berzina) itu bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat itu tidak akan diampunkan dosanya sehingga orang yang diumpatnya itu memaafkannya. [Riwayat al-Salafi dalam al-Thuyuriyyat, Ibn ‘Abd al-Hadi dalam Juzu’ Ahadis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1846]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman