Dosa itu tidak akan dilupakan dan kebaikan itu tidak akan pudar

TEKS BAHASA ARAB

الذنب لا ينسى، والبر لا يبلى، والديان لا يموت، فكن كما شئت، فكما تدين تدان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dosa itu tidak akan dilupakan, kebaikan itu tidak akan pudar, dan Yang Mengadili (Tuhan) itu tidak akan mati. Maka jadilah sebagaimana yang kamu kehendaki. Bagaimana kamu lakukan, begitulah kamu akan diperlakukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 74, hadis nombor 352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الذنب لا ينسى، والبر لا يبلى، والديان لا يموت، فكن كما شئت، فكما تدين تدان)). [عد، ((الضعيفة)) (4124)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Dosa itu tidak akan dilupakan, kebaikan itu tidak akan pudar, dan Yang Mengadili (Tuhan) itu tidak akan mati. Maka jadilah sebagaimana yang kamu kehendaki. Bagaimana kamu lakukan, begitulah kamu akan diperlakukan.))
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4124].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs