Daif

30/06/2024

minit bacaan



Dosa itu adalah suatu perkara buruk kepada selain pelakunya

Teks Bahasa Arab

الذنبُ شؤمٌ على غيرِ فاعلهِ، إنْ عيَّرَهُ ابتُلِيَ بهِ، وإنِ اغتابهَ أَثِمَ، وإنْ رضِيَ بهِ شاركَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Dosa itu adalah suatu perkara buruk kepada selain pelakunya. Sekiranya seseorang itu mencelanya, dia akan diuji dengannya. Sekiranya dia mengumpatnya dia berdosa. Dan sekiranya dia reda dengannya (membenarkan perlakuan dosa itu), maka dia (dikira) menyertainya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis no. 289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الذنب شؤم على غير فاعله، إن عيره ابتلي به، وإن اغتابه أثم، وإن رضي به شاركه)). [فر، ((الضعيفة)) (3629)].

(Daif) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Dosa itu adalah suatu perkara buruk kepada selain pelakunya. Sekiranya seseorang itu mencelanya, dia akan diuji dengannya. Sekiranya dia mengumpatnya dia berdosa. Dan sekiranya dia reda dengannya (membenarkan perlakuan dosa itu), maka dia (dikira) menyertainya.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3629].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.