Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dosa diampunkan ketika berpakaian kerana syukur

Teks Bahasa Arab

إنَّ الرَّجلَ ليبتاعُ الثَّوب بدينارٍ، أو بنصفِ دينارٍ فيلبسُه، فما يبلغُ كَعبيه حتَّى يُغفَرَ له . يعني من الحَمدِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya apabila seorang lelaki itu membeli baju dengan satu dinar ataupun dengan setengah dinar lalu memakainya, belum sempat baju tersebut mencecah buku lalinya, dosa-dosanya akan diampunkan, disebabkan oleh kesyukurannya (terhadap Allah).

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1621, hadis no. 8186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((إن الرجل ليبتاع الثوب بدينار، أو بنصف دينار فيلبسه، فما يبلغ كعبيه حتى يغفر له. يعني من الحمد)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (3001)].

(Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya apabila seorang lelaki itu membeli baju dengan satu dinar ataupun dengan setengah dinar lalu memakainya, belum sempat baju tersebut mencecah buku lalinya, dosa-dosanya akan diampunkan, disebabkan oleh kesyukurannya (terhadap Allah).)) [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3001].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.