Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ عال أهلَ بيتٍ مِنَ المسلمينَ يومَهم وليلتَهم؛ غفر اللهُ له ذنوبَه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memelihara penduduk rumah dari kalangan kaum muslim pada waktu siang dan malam mereka, maka Allah akan ampunkan dosanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis no. 4446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من عال أهل بيت من المسلمين يومهم وليلتهم؛ غفر الله له ذنوبه)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1852)].
(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’: “Sesiapa yang memelihara penduduk rumah dari kalangan kaum muslim pada waktu siang dan malam mereka, maka Allah akan ampunkan dosanya.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.1852].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman