Doaku dijawab dengan jawapan yang jika diketahui manusia, pasti mereka meninggalkan solat

TEKS BAHASA ARAB

أجبت بالذي لو اطلع عليه كثير من أمتي طلعة تركوا الصلاة. قال: أفلا أبشر الناس؟ قال: بلى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doaku dijawab dengan jawapan yang jika diketahui manusia, pasti mereka meninggalkan solat. Dia bertanya, Perlukah aku memberitahu orang lain? Baginda menjawab: Silakan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1078, hadis nombor 5495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي ذر رضي الله عنه، يقول: قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ اللَّيَالِي فِي صَلَاةِ الْعِشَاءِ فَصَلَّى بِالْقَوْمِ ثُمَّ تَخَلَّفَ أَصْحَابٌ لَهُ يُصَلُّونَ فَلَمَّا رَأَى قِيَامَهُمْ وَتَخَلُّفَهُمْ انْصَرَفَ إِلَى رَحْلِهِ فَلَمَّا رَأَى الْقَوْمَ قَدْ أَخْلَوْا الْمَكَانَ رَجَعَ إِلَى مَكَانِهِ فَصَلَّى فَجِئْتُ فَقُمْتُ خَلْفَهُ فَأَوْمَأَ إِلَيَّ بِيَمِينِهِ فَقُمْتُ عَنْ يَمِينِهِ، ثُمَّ جَاءَ ابْنُ مَسْعُودٍ فَقَامَ خَلْفِي وَخَلْفَهُ فَأَوْمَأَ إِلَيْهِ بِشِمَالِهِ فَقَامَ عَنْ شِمَالِهِ فَقُمْنَا ثَلَاثَتُنَا يُصَلِّي كُلُّ رَجُلٍ مِنَّا بِنَفْسِهِ وَيَتْلُو مِنْ الْقُرْآنِ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَتْلُوَ، فَقَامَ بِآيَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ يُرَدِّدُهَا حَتَّى صَلَّى الْغَدَاةَ فَبَعْدَ أَنْ أَصْبَحْنَا أَوْمَأْتُ لَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ: أَنْ سَلْهُ: مَا أَرَادَ إِلَى مَا صَنَعَ الْبَارِحَةَ؟ فَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ بِيَدِهِ: لَا أَسْأَلُهُ عَنْ شَيْءٍ حَتَّى يُحَدِّثَ إِلَيَّ. فَقُلْتُ: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، قُمْتَ بِآيَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ لَوْ فَعَلَ هَذَا بَعْضُنَا لوَجَدْنَا عَلَيْهِ قَالَ: دَعَوْتُ لِأُمَّتِي قَالَ فَمَاذَا أُجِبْتَ؟ أَوْ: مَاذَا رُدَّ عَلَيْكَ؟ قَالَ: أُجِبْتُ بِالَّذِي لَوْ اطَّلَعَ عَلَيْهِ كَثِيرٌ مِنْ أمتي طَلْعَةً تَرَكُوا الصَّلَاةَ. قَالَ: أَفَلَا أُبَشِّرُ النَّاسَ؟ قَالَ: بَلَى. انْطَلَقْتُ مُعْنِقًا قَرِيبًا مِنْ قَذْفَةٍ بِحَجَرٍ، فَقَالَ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنَّكَ إِنْ تَبْعَثْ إِلَى النَّاسِ بِهَذَا نَكَلُوا عَنْ الْعِبَادَةِ. فَنَادَى: أَنْ ارْجَعْ، فَرَجَعَ، وَتِلْكَ الْآيَةُ: إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ. [حم، الضعيفة (6037)]

(Munkar) Daripada Abu Zarr ra, beliau menceritakan: Pada satu malam, Nabi SAW mendirikan solat Isyak bersama orang ramai. Kemudian ada juga para sahabat Baginda yang terlepas solat berjemaah, mendirikan solat beramai-ramai. Melihat keadaan itu, Baginda pulang ke tempat Baginda. Apabila Baginda mendapati masjid sudah kosong, Baginda kembali ke masjid dan mendirikan solat di tempat kebiasaan Baginda.
Aku datang lalu solat di belakang Baginda, lalu Baginda memberi isyarat dengan tangan kanan Baginda untuk solat di sebelah kanan Baginda. Kemudian Abdullah bin Mas‘ud datang, lalu solat di belakangku. Rasulullah SAW memberi isyarat dengan tangan kirinya supaya berdiri di belah kiri Baginda. Maka kami bertiga solat sendiri-sendiri, dan Baginda membaca apa-apa ayat Allah kehendaki. Baginda mengulang-ulang satu ayat sahaja sehingga Subuh.
Selesai solat Subuh, aku meminta kepada ‘Abdullah bin Mas‘ud untuk bertanya kepada Baginda berkenaan apa yang dilakukan semalam. Ibn Mas‘ud mengisyaratkan dengan tangannya: Aku tidak akan bertanya sehingga Baginda sendiri yang beritahu kepadaku. Maka aku sendiri yang bertanya: Demi bapaku kamu, dan ibuku, semalam kamu mendirikan solat dengan satu ayat sahaja, jika orang lain yang lakukan, kami sudah pandang pelik kepadanya.
Baginda memberitahu: Aku mendoakan untuk umatku. Dia berkata: Apakah jawapan doamu itu? Baginda memberitahu: Doaku dijawab dengan jawapan yang jika diketahui manusia, pasti mereka meninggalkan solat. Dia bertanya, Perlukah aku memberitahu orang lain? Baginda menjawab: Silakan. Aku pun memberitahu orang ramai. Maka aku berlari sehingga sejarak balingan batu. ‘Umar berkata: Wahai Rasulullah SAW, jika kamu beritahu ini kepada manusia, sudah pasti mereka malas mendirikan ibadah. Baginda berkata: Pulanglah. Beliau pun pulang. Ayat tersebut adalah: (Jika Engkau mengazab mereka, maka sesungguhnya mereka adalah para hamba-Mu. Sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa, Maha Bijaksana). [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs