Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Doa yang tidak dimakbulkan doanya

Teks Bahasa Arab

إذا دعا أحدُكم بدَعوةٍ فلم يُستَجبْ له، كُتبَت له حَسنةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang kamu berdoa tapi tidak dimustajabkan doanya, maka ditulis untuknya satu kebaikan.

Sahabat Perawi

  1. Hilal bin Yasaf

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis no. 7296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن هلال بن يساف قال: حدثت أن النبي ﷺ قال: إذا دعا أحدكم بدعوة فلم يستجب له، كتبت له حسنة. [خط، ((الضعيفة)) (2597)]

(Lemah) Daripada Hilal bin Yasaf, katanya: Diceritakan kepadaku bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang kamu berdoa tapi tidak dimustajabkan doanya, maka ditulis untuknya satu kebaikan. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2597]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.