Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - أكثرُ دعائِه يومَ عرفةَ: لا إلهَ إلا اللهُ وحدهُ لا شريك لهُ، له الملكُ وله الحمدُ، بيده الخيرُ، وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Doa yang paling banyak diucapkan oleh Baginda SAW pada hari Arafah adalah: Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya, milikNyalah segala kerajaan dan segala pujian, ditanganNyalah segala kebaikan dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis no. 7558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - أكثر دعائه يوم عرفة: ((لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير)). [حم، حل، ابن عساكر في ((حديث عبد الخلاق الهروي وغيره))، ((الضعيفة)) (4221)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA, katanya: Doa yang paling banyak diucapkan oleh Baginda SAW pada hari Arafah adalah: Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya, milikNyalah segala kerajaan dan segala pujian, ditanganNyalah segala kebaikan dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan Ibn 'Asakir dalam ((Hadith 'Abd al-Khalaiq al-Harawi Wa Ghairih)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4221]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman