Doa yang mustajab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من دعا بهذه الأسماء استجاب الله له: اللهم أنت حي لا تموت، وخالق لا تغلب، وبصير لا ترتاب، وسميع لا تشك، وصادق لا تكذب… (الحديث وفيه!) والذى بعثنى بالحق لو دعى بهذه الدعوات والأسماء على صفائح الحديد لذابت، ولو دعا بها على ماء جار لسكن، ومن بلغ إليه الجوع والعطش ثم دعا به أطعمه الله وسقاه، ولو أن بينه وبين موضع يريده جبل لا نشعب له الجبل حتى يسلكه إلى الموضع، ولو دعى على مجنون لأفاق، ولو دعا على امرأة قد عسر عليها ولدها لهون عليها ولدها (الحديث وفيه) ومن قام ودعا، فإن مات مات شهيدا وإن عمل الكبائر وغفر لأهل بيته، ومن دعا بها قضى الله له ألف ألف حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berdoa menggunakan nama-nama ini, Allah pasti mustajabkan untuknya: Ya Allah! Engkaulah yang Maha Hidup lagi tidak mati, Engkaulah Pencipta yang tidak boleh dikalahkan, Maha Melihat tanpa keraguan, Maha Mendengar tanpa syak, Maha Benar tanpa dusta…(hadith, juga terdapat di dalamnya!) Demi Tuhan yang telah mengutusku dengan kebenaran, kalaulah didoakan menggunakan doa-doa dan nama-nama ini di atas pinggan-pinggan besi, pasti ia cair. Kalaulah dia berdoa menggunakan doa ini di atas air yang mengalir, pasti ia terhenti, sesiapa yang yang tersangat lapar dan dahaga, kemudian dia berdoa kepada Tuhan-Nya, pasti Allah memberinya makan dan minum. Jika ada bukit yang memisahkan antara dia dan tempat yang dia ingin pergi, pasti Allah membelah bukit tersebut untuknya hingga dia boleh berjalan ke tempat tersebut. Kalaulah didoakan kepada orang gila, pasti dia sembuh dan kalaulah didoakan kepada wanita yang sukar melahirkan anaknya, pasti Allah permudahkan untuknya melahirkan anak (hadith, juga terdapat di dalamnya) Sesiapa yang bangun (solat malam) dan berdoa, sekiranya dia mati maka dia mati syahid walaupun dia melakukan dosa-dosa besar dan Allah berikan keampunan untuk keluarganya, dan sesiapa yang berdoa dengannya, Allah pasti tunaikan sejuta hajat untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409 – 1410, hadis nombor 7153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عمر بن الخطاب وعلي بن أبي طالب رضي الله عنهما مرفوعا: من دعا بهذه الأسماء استجاب الله له: اللهم أنت حي لا تموت، وخالق لا تغلب، وبصير لا ترتاب، وسميع لا تشك، وصادق لا تكذب… (الحديث وفيه!) والذى بعثنى بالحق لو دعى بهذه الدعوات والأسماء على صفائح الحديد لذابت، ولو دعا بها على ماء جار لسكن، ومن بلغ إليه الجوع والعطش ثم دعا به أطعمه الله وسقاه، ولو أن بينه وبين موضع يريده جبل لا نشعب له الجبل حتى يسلكه إلى الموضع، ولو دعى على مجنون لأفاق، ولو دعا على امرأة قد عسر عليها ولدها لهون عليها ولدها (الحديث وفيه) ومن قام ودعا، فإن مات مات شهيدا وإن عمل الكبائر وغفر لأهل بيته، ومن دعا بها قضى الله له ألف ألف حاجة.
[ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (780)]

(Palsu)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA dan ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berdoa menggunakan nama-nama ini, Allah pasti mustajabkan untuknya: Ya Allah! Engkaulah yang Maha Hidup lagi tidak mati, Engkaulah Pencipta yang tidak boleh dikalahkan, Maha Melihat tanpa keraguan, Maha Mendengar tanpa syak, Maha Benar tanpa dusta…(hadith, juga terdapat di dalamnya!) Demi Tuhan yang telah mengutusku dengan kebenaran, kalaulah didoakan menggunakan doa-doa dan nama-nama ini di atas pinggan-pinggan besi, pasti ia cair. Kalaulah dia berdoa menggunakan doa ini di atas air yang mengalir, pasti ia terhenti, sesiapa yang yang tersangat lapar dan dahaga, kemudian dia berdoa kepada Tuhan-Nya, pasti Allah memberinya makan dan minum. Jika ada bukit yang memisahkan antara dia dan tempat yang dia ingin pergi, pasti Allah membelah bukit tersebut untuknya hingga dia boleh berjalan ke tempat tersebut. Kalaulah didoakan kepada orang gila, pasti dia sembuh dan kalaulah didoakan kepada wanita yang sukar melahirkan anaknya, pasti Allah permudahkan untuknya melahirkan anak (hadith, juga terdapat di dalamnya) Sesiapa yang bangun (solat malam) dan berdoa, sekiranya dia mati maka dia mati syahid walaupun dia melakukan dosa-dosa besar dan Allah berikan keampunan untuk keluarganya, dan sesiapa yang berdoa dengannya, Allah pasti tunaikan sejuta hajat untuknya.
[Riwayat Ibn 'Asakir dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.