TEKS BAHASA ARAB
كان – صلى الله عليه وسلم – إذا خرج من الخلاء، قال: الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن والأذى وعافاني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW apabila keluar daripada tandas Baginda akan membaca: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripada kami kesedihan, kesakitan, serta menyembuhkan aku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis nombor 1192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر – رضي الله عنه-، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – إذا خرج من الخلاء، قال: الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن والأذى وعافاني)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5658)]
(Lemah)
Daripada Abu Dzar RA beliau berkata: Rasulullah SAW apabila keluar daripada tandas Baginda akan membaca: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripada kami kesedihan, kesakitan, serta menyembuhkan aku.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5658]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.