Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Doa yang dibaca oleh Nabi SAW apabila keluar dari tandas

Teks Bahasa Arab

كان -صلى الله عليه وسلم- إذا خرج من الخلاءِ قال: الحمدُ للهِ الذي أذهب عنَّا الحزَنَ والأذى وعافانِي.

Teks Bahasa Melayu

Adapun Nabi SAW apabila keluar dari tandas, baginda berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripada kami kesedihan, keburukan dan telah memberikanku kesihatan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1533, hadis no. 7789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر - رضي الله عنه -، قال: ((كان -صلى الله عليه وسلم- إذا خرج من الخلاء قال: الحمد لله الذي أذهب عنا الحزن والأذى وعافاني)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5658)].

(Lemah) Daripada Abu Zar RA berkata: “Adapun Nabi SAW apabila keluar dari tandas, baginda berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripada kami kesedihan, keburukan dan telah memberikanku kesihatan.” [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5658].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.