Doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Zaid bin Thabit RA

TEKS BAHASA ARAB

قل كل يوم حين تصبح: لبيك اللهم! لبيك وسعديك، والخير في يديك، ومنك وإليك. اللهم! ما قلت من قول، أو نذرت من نذر، أو حلفت من حلف، فمشيئتك بين يديه، ما شئت، كان، وما لم تشأ، لم يكن، ولا حول ولا قوة إلا بك، إنك على كل شيء قدير. اللهم! ما صليت من صلاة، فعلى من صليت، وما لعنت من لعنة، فعلى من لعنت، إنك أنت وليي في الدنيا والآخرة، توفني مسلما وألحقني بالصالحين…الحديث بطوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapkanlah setiap hari pada waktu pagi: Aku penuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, kebahagiaanku di atas kebahagiaan kepada-Mu, kebaikan terletak di tangan-Mu, datang daripada-Mu dan kembali pada-Mu. Ya Allah! Tidak aku katakan daripada ucapan, apa yang aku nazarkan daripada sebenar-benar nazar atau apa yang aku bersumpah daripada sebenar-benar sumpah, maka semuanya berlaku mengikut kehendak di tangan-Mu apa yang kamu kehendaki dan apa yang kamu tidak kehendaki, tidak akan berlaku. Tiada daya dan upaya melainkan Engkau. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tidaklah aku berselawat melainkan selawat itu kembali kepada mereka yang Engkau telah berselawat ke atasnya, tidaklah aku melaknat kecuali apa-apa yang Engkau laknat ke atasnya, sesungguhnya Engkau adalah satu-satunya pelindungku di dunia dan di akhirat. Engkau matikanlah aku sebagai seorang Islam dan pertemukan aku bersama orang-orang yang soleh…(perincian hadis).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1578, hadis nombor 7985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت – رضي الله عنه-: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم علمه دعاء، وأمره أن يتعاهد به أهله كل يوم، قال:(( قل كل يوم حين تصبح: لبيك اللهم! لبيك وسعديك، والخير في يديك، ومنك وإليك. اللهم! ما قلت من قول، أو نذرت من نذر، أو حلفت من حلف، فمشيئتك بين يديه، ما شئت، كان، وما لم تشأ، لم يكن، ولا حول ولا قوة إلا بك، إنك على كل شيء قدير. اللهم! ما صليت من صلاة، فعلى من صليت، وما لعنت من لعنة، فعلى من لعنت، إنك أنت وليي في الدنيا والآخرة، توفني مسلما وألحقني بالصالحين…الحديث بطوله)). [طب، حم، الطبراني في ((الدعاء))، ابن السني، ك، البيهقي في ((الدعوات الكبير))، ((الضعيفة)) (6733)].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Thabit RA: Rasulullah SAW pernah mengajarkan doa kepadanya dan Nabi SAW memerintahkannya agar berpesan kepada ahli keluarga agar sentiasa beramal dengannya setiap hari. Baginda bersabda: ((Ucapkanlah setiap hari pada waktu pagi: Aku penuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, kebahagiaanku di atas kebahagiaan kepada-Mu, kebaikan terletak di tangan-Mu, datang daripada-Mu dan kembali pada-Mu. Ya Allah! Tidak aku katakan daripada ucapan, apa yang aku nazarkan daripada sebenar-benar nazar atau apa yang aku bersumpah daripada sebenar-benar sumpah, maka semuanya berlaku mengikut kehendak di tangan-Mu apa yang kamu kehendaki dan apa yang kamu tidak kehendaki, tidak akan berlaku. Tiada daya dan upaya melainkan Engkau. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tidaklah aku berselawat melainkan selawat itu kembali kepada mereka yang Engkau telah berselawat ke atasnya, tidaklah aku melaknat kecuali apa-apa yang Engkau laknat ke atasnya, sesungguhnya Engkau adalah satu-satunya pelindungku di dunia dan di akhirat. Engkau matikanlah aku sebagai seorang Islam dan pertemukan aku bersama orang-orang yang soleh…(perincian hadis).))[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ahmad di dalam Musnadnya , al-Tabarani di dalam al-Du'a, Ibn al-Sunni, al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi di dalam al-Da’awat al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6733].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs