Doa waktu pagi dan petang

TEKS BAHASA ARAB

إذا أصبح أحدكم فليقل: أصبحنا وأصبح الملك لله رب العالمين، اللهم إنى أسألك خير هذا اليوم: فتحه ونصره ونوره وبركته وهداه، وأعوذ بك من شر ما قبله وشر ما بعده. ثم إذا أمسى، فليقل مثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang di antara kamu memulai waktu pagi, maka bacalah: Kami berpagian dan pada pagi ini kerajaan adalah milik Allah SWT Tuhan sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu kebaikan hari ini; pembukaannya, kemenangannya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuknya. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang terdapat pada hari ini dan sebelumnya serta selepasnya. Kemudian jika masuk waktu petang, maka ucapkanlah juga yang sama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1523, hadis nombor 7744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا أصبح أحدكم فليقل: أصبحنا وأصبح الملك لله رب العالمين، اللهم إنى أسألك خير هذا اليوم: فتحه ونصره ونوره وبركته وهداه، وأعوذ بك من شر ما قبله وشر ما بعده. ثم إذا أمسى، فليَقُلْ مثلَ ذلك)). [د، طب، ((الضعيفة))(5606)].

(Lemah) Daripada Abu Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kamu memulai waktu pagi, maka bacalah: Kami berpagian dan pada pagi ini kerajaan adalah milik Allah SWT Tuhan sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu kebaikan hari ini; pembukaannya, kemenangannya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuknya. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang terdapat pada hari ini dan sebelumnya serta selepasnya. Kemudian jika masuk waktu petang, maka ucapkanlah juga yang sama.
[Riwayat Abi Dawud di dalam Sunannya dan al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5606].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs