Doa untuk merawat insomnia

TEKS BAHASA ARAB

إذا أويت إلى فراشك، فقل: اللهم رب السموات وما أظلت، والأرضين وما أقلت، والشياطين وما أضلت، كن لي جارا من شر خلقك كلهم جميعا، أن يفرط علي أحد منهم أويبغي، عز جارك، وجل ثناؤك، ولا إله غيرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu merebahkan diri di pembaringanmu, maka ucapkanlah: Ya Allah! Tuhan langit-langit dan apa yang ia naungi, Tuhan kepada bumi-bumi dan apa yang ia bawa, Tuhan kepada syaitan-syaitan dan apa yang ia sesatkan. Jadikanlah pelindungku daripada semua makhluk-Mu yang terjahat, agar tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang boleh melampaui batas terhadapku, perlindungan-Mu yang perkasa, sangat agung pujian-Mu dan tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Engkau.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1429, hadis nombor 7260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن بريدة رضي الله عنه، قال: شكا الخالد بن الوليد بن المغيرة إلى النبي ﷺ، فقال: يا رسول الله! ما أنام الليل من الأرق، فقال نبي الله: إذا أويت إلى فراشك، فقل: اللهم رب السموات وما أظلت، والأرضين وما أقلت، والشياطين وما أضلت، كن لي جارا من شر خلقك كلهم جميعا، أن يفرط علي أحد منهم أويبغي، عز جارك، وجل ثناؤك، ولا إله غيرك.
[ت، عد، ((الضعيفة)) (2403)]

(Sangat lemah)
Daripada Buraidah RA, katanya: Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah pernah mengadu kepada Nabi SAW, beliau berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak dapat tidur semalam kerana insomnia. Lalu Nabi Allah pun bersabda: Apabila kamu merebahkan diri di pembaringanmu, maka ucapkanlah: Ya Allah! Tuhan langit-langit dan apa yang ia naungi, Tuhan kepada bumi-bumi dan apa yang ia bawa, Tuhan kepada syaitan-syaitan dan apa yang ia sesatkan. Jadikanlah pelindungku daripada semua makhluk-Mu yang terjahat, agar tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang boleh melampaui batas terhadapku, perlindungan-Mu yang perkasa, sangat agung pujian-Mu dan tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Engkau.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2403]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs