Lemah dan mawquf
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا غَشِيَ أهلَهُ فأنزلَ قال: اللهمَّ لا تجعلْ للشيطانِ فيما رزقتني نصيبًا.
Teks Bahasa Melayu
Adapun apabila Rasulullah SAW menyelimuti ahli keluarganya kemudian baginda ingin mendatangi mereka, baginda akan berdoa: “Ya Allah! Jangan jadikan bagi syaitan bahagian daripada apa yang Engkau rezekikan kepadaku."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah dan mawquf
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1578, hadis no. 7986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف وموقوف) عن ابن مسعود- رضي الله عنه-: (( كان إذا غشي أهله فأنزل؛ قال: اللهم! لا تجعل للشيطان فيمارزقتني نصيبا)). [ش، ((الضعيفة)) (6930)].
(Lemah dan mawquf) Daripada Ibn Mas’ud RA: ((Adapun apabila Rasulullah SAW menyelimuti ahli keluarganya kemudian baginda ingin mendatangi mereka, baginda akan berdoa: “Ya Allah! Jangan jadikan bagi syaitan bahagian daripada apa yang Engkau rezekikan kepadaku.")) [Riwayat Ibn Abī Shaybah di dalam Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6930].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman