Doa untuk jenazah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم اغفر له وارحمه، وارفع درجته، وأعظم أجره، وأتمم نوره، وأفسح له في قبره، وألحقه بنبيه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Ampunilah dosanya serta rahmatinya, angkat darjatnya, besarkan ganjarannya, sempurnakan cahayanya, lapangkan kuburnya dan pertemukannya dengan nabinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1761, hadis nombor 8868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنِ ابن عباس رضي اللّه عنه قال: أتي بجنازة سهل بن عتيك رضي الله عنه وكان أول من صلي عليه في موضع الجنائز فتقدم عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فصلى وكبر، فقرأ بأم القرآن فجهر بها، ثم كبر الثانية وصلى على نفسه وعلى المرسلين، ثم كبر الثالثة فدعا للميت، فقال: ((اللهم اغفر له وارحمه، وارفع درجته، وأعظم أجره، وأتمم نوره، وأفسح له في قبره، وألحقه بنبيه)). ثم كبر الرابعة فدعا للمؤمنين والمؤمنات ثم سلم. [الطبراني في ((الدعاء))، طس، ((الضعيفة)) (6464)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: “Didatangkan jenazah Sahl Ibn ‘Atik RA – dan dia orang yang pertama disolatkan di tempat jenazah-jenazah – Maka Rasulullah SAW ke depan dan baginda solat serta bertakbir. Baginda membaca al-Fatihah dengan menguatkan bacaannya. Kemudian baginda bertakbir kali kedua dan berselawat ke atas dirinya sendiri dan ke atas para rasul. Kemudian baginda bertakbir kali ketiga dan baginda berdoa untuk mayat: ((Ya Allah! Ampunilah dosanya serta rahmatinya, angkat darjatnya, besarkan ganjarannya, sempurnakan cahayanya, lapangkan kuburnya dan pertemukannya dengan nabinya.)) Kemudian baginda bertakbir kali keempat dan baginda berdoa kepada orang beriman lelaki dan wanita. Kemudian memberi salam.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Du’a dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6464].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.