Doa seorang yang dilakukan kebaikan kepadanya untuk pelakunya tidak akan ditolak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

دعاء المحسن إليه للمحسن لا يرد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa seorang yang dilakukan kebaikan kepadanya (yakni penerima kebaikan) untuk pelakunya tidak akan ditolak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 879, hadis nombor 4505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر-رضي الله عنهما- مرفوعا: (دعاء المحسن إليه للمحسن لا يرد). [فر، ((الضعيفة)) (3597)

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Doa seorang yang dilakukan kebaikan kepadanya (yakni penerima kebaikan) untuk pelakunya tidak akan ditolak.”
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3597]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.