Doa selepas keluar tandas

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرج أحدكم من الخلاء؛ فليقل: الحمد لله الذي أذهب عني ما يؤذيني، وأمسك علي ما ينفعني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kamu keluar dari tandas, maka bacalah: Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi daripadaku sesuatu yang menyakitiku dan mengekalkan bagiku apa yang memberi manfaat kepadaku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1523, hadis nombor 7747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن طاوس-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( إذا خرج أحدكم من الخلاء؛ فليقل: الحمد لله الذي أذهب عني ما يؤذيني، وأمسك علي ما ينفعني)). [ش، ((الضعيفة)) (5659)].

(Munkar) Daripada Tawus, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kamu keluar dari tandas, maka bacalah: Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi daripadaku sesuatu yang menyakitiku dan mengekalkan bagiku apa yang memberi manfaat kepadaku.”
[Riwayat Ibn Abi Shaibah di dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5659].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.