Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Doa secara sembunyi menyamai 70 kali doa secara terang-terangan

Teks Bahasa Arab

دعوةٌ في السِّرِّ تَعْدِلُ سبعينَ في العلانيةِ.

Teks Bahasa Melayu

Doa secara sembunyi menyamai 70 kali doa secara terang-terangan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1462, hadis no. 7441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن بعض الصحابة مرفوعاً: ((دعوة في السر تعدل سبعين في العلانية)). [فر، ((الضعيفة)) (3598)]

(Sangat Lemah) Daripada sebahagian sahabat Nabi SAW secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa secara sembunyi menyamai 70 kali doa secara terang-terangan. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3598]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.