TEKS BAHASA ARAB
إذا أويت إلى فراشك، فقل: الحمد لله الذي من علي وأفضل، الحمد لله رب العالمين، رب كل شيء، وإله كل شيء، أعوذ بك من النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu meletakkan diri di katilmu (untuk tidur), maka ucapkanlah: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepadaku dan melebihkan. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan bagi segala sesuatu, dan Ilah (Tuhan) bagi segala sesuatu. Aku berlindung kepadaMu daripada api neraka.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1429, hadis nombor 7259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن بريدة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: كيف تقول يا أبا حمزة إذا أويت إلى فراشك؟ قال: أقول: كذا وكذا، أحسبه، قال: إذا أويت إلى فراشك، فقل: الحمد لله الذي من علي وأفضل، الحمد لله رب العالمين، رب كل شيء، وإله كل شيء، أعوذ بك من النار.
[البزار، ((الضعيفة)) (2397)]
(Sangat lemah)
Daripada Buraidah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana doa yang kamu ucapkan ketika kami meletakkan diri di katilmu, wahai Abu Hamzah? Buraidah berkata: Aku pun menjawab: Demikian demikian, seingatku. Baginda pun bersabda: Apabila kamu meletakkan diri di katilmu (untuk tidur), maka ucapkanlah: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepadaku dan melebihkan. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Tuhan bagi segala sesuatu, dan Ilah (Tuhan) bagi segala sesuatu. Aku berlindung kepadaMu daripada api neraka.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2397]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.