Doa sebelum tidur sebagai penghapus dosa

TEKS BAHASA ARAB

إذا أويت إلى فراشك قل: باسمك الله وضعت جنبي، وطهر قلبي، وطيب كسبي، واغفر ذنبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu merebahkan diri ke pembaringanmu, maka ucapkanlah: Dengan nama-Mu Ya Allah, aku letakkan rusukku (badan), bersihkanlah hatiku, sucikanlah rezekiku (keuntungan), dan ampunilah dosaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1429 – 1430, hadis nombor 7261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن النبي ﷺ قال لعمه حمزة: إذا أويت إلى فراشك قل: باسمك الله وضعت جنبي، وطهر قلبي، وطيب كسبي، واغفر ذنبي.
[ابن السني، ((الضعيفة)) (2398)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada bapa saudara Baginda, Hamzah: Apabila kamu merebahkan diri ke pembaringanmu, maka ucapkanlah: Dengan nama-Mu Ya Allah, aku letakkan rusukku (badan), bersihkanlah hatiku, sucikanlah rezekiku (keuntungan), dan ampunilah dosaku.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2398]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs