Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ولَجَ الرَّجلُ في بيتِهِ، فليقل: اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ خيرَ المولَجِ، وخيرَ المخرَجِ، باسمِ اللَّهِ ولَجنا، وباسمِ اللَّهِ خرَجنا، وعلَى اللَّهِ ربِّنا توَكَّلنا، ثمَّ ليسلِّم على أَهْلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang lelaki itu masuk ke dalam rumahnya, hendaklah dia membaca: 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan juga sebaik-baik jalan keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar, serta kepada Allah kami bertawakal'. Kemudian hendaklah dia mengucapkan salam kepada penghuni rumah.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Ash‘ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 223, hadis no. 1180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abu Malik al-Ash‘ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang lelaki itu masuk ke dalam rumahnya, hendaklah dia membaca: 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan juga sebaik-baik jalan keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar, serta kepada Allah kami bertawakal'. Kemudian hendaklah dia mengucapkan salam kepada penghuni rumah. [Riwayat Abu Dāwud dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5832]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman