Doa sebelum keluar rumah

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرج أحدكم من بيته فليقل: بسم الله، لا حول ولا قوة إلا بالله، ما شاء الله، توكلت على الله، حسبي الله ونعم الوكيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu keluar daripada rumahnya, maka ucapkanlah: Dengan nama Allah (Bismillah), tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, apa yang diinginkan oleh Allah (pasti akan terjadi), aku bertawakal kepada Allah, cukuplah Allah untukku dan Dialah sebaik-baik penolong.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1435, hadis nombor 7294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي خصفة أن رسول الله ﷺ كان يقول: إذا خرج أحدكم من بيته فليقل: بسم الله، لا حول ولا قوة إلا بالله، ما شاء الله، توكلت على الله، حسبي الله ونعم الوكيل.
[طب، ((الضعيفة)) (2558)]

(Lemah)
Daripada Abi Khasafah bahawa Rasulullah SAW selalu berkata: Apabila seseorang kamu keluar daripada rumahnya, maka ucapkanlah: Dengan nama Allah (Bismillah), tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, apa yang diinginkan oleh Allah (pasti akan terjadi), aku bertawakal kepada Allah, cukuplah Allah untukku dan Dialah sebaik-baik penolong.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2558]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs