Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قل: اللهم إِنِّي أَسْأَلُك نَفْساً بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤمِنُ بِلِقَائِكَ، وتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Katakanlah: "Ya Allah, aku memohon kepadamu jiwa yang tenang (apabila) bersama-Mu, yang beriman dengan pertemuan dengan-Mu, yang reda dengan takdir-Mu, dan merasa cukup dengan pemberian-Mu.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis no. 3207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((قل: اللهم إني أسألك نفساً بك مطمئنة، تؤمن بلقائك، وترضى بقضائك، وتقنع بعطائك)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4060)].
(Lemah) Daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Katakanlah: "Ya Allah, aku memohon kepadamu jiwa yang tenang (apabila) bersama-Mu, yang beriman dengan pertemuan dengan-Mu, yang reda dengan takdir-Mu, dan merasa cukup dengan pemberian-Mu.)) [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4060]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman