Doa Rasulullah SAW untuk umat Islam ketika bermusafir dari Mekah ke Madinah

TEKS BAHASA ARAB

إني سألت ربي وشفعت لأمتي فأعطاني ثلث أمتي؛ فخررت ساجداً شكراً لربي، ثم رفعت رأسي فسألت ربي لأمتي فأعطاني ثلث أمتي؛ فخررت ساجداً لربي شكراً، ثم رفعت رأسي فسألت ربي لأمتي فأعطاني الثلث الآخر؛ فخررت ساجداً لربي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku telah meminta kepada Tuhanku dan aku memohon pertolongan untuk umatku. Lalu Allah berikan kepadaku terhadap 1/3 umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis nombor 6788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد رضي الله عنه، قال: خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم من مكة نريد المدينة، فلما كنا قريباً من عزوراء نزل، ثم رفع يديه فدعا الله ساعة، ثم خر ساجداً فمكث طويلاً، ثم قام فرفع يديه فدعا الله ساعة، ثم خر ساجداً فمكث طويلاً، ثم قام فرفع يديه ساعة، ثم خر ساجداً، ثم قال: إني سألت ربي وشفعت لأمتي فأعطاني ثلث أمتي؛ فخررت ساجداً شكراً لربي، ثم رفعت رأسي فسألت ربي لأمتي فأعطاني ثلث أمتي؛ فخررت ساجداً لربي شكراً، ثم رفعت رأسي فسألت ربي لأمتي فأعطاني الثلث الآخر؛ فخررت ساجداً لربي.
[د، ((الضعيفة)) (3230)]

(Lemah)
Daripada Sa’d RA telah berkata: Kami pernah keluar bersama Rasulullah SAW daripada Mekah menuju ke Madinah. Apabila kami hampir daripada ‘Azwara’, baginda pun turun (dari tunggangan) kemudian baginda mengangkat kedua tangan dan berdoa kepada Allah untuk seketika. Kemudian baginda sujud untuk satu tempoh yang lama, kemudian bangun lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa untuk seketika. Kemudian baginda sujud lagi untuk satu tempoh yang lama, kemudian bangun dan mengangkat kedua tangan. Setelah itu, baginda sujud sekali lagi, lalu bangun dan baginda bersabda: Sesungguhnya aku telah meminta kepada Tuhanku dan aku memohon pertolongan untuk umatku. Lalu Allah berikan kepadaku terhadap 1/3 umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku.
[Riwayat Abī Dāwud dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3230]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs