Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّي سألْتُ ربي وشفعْتُ لأمَّتي فأعطاني ثلُثَ أمتي؛ فخررْتُ ساجدًا شكرًا لِربي، ثُمَّ رفعْتُ رأسي فسألْتُ ربي لأمتي فأعطاني ثلُثَ أمتي؛ فخررْتُ ساجدًا لربي شكرًا، ثُمَّ رفعْتُ رأسي فسألْتُ ربي لأمتي فأعطاني الثلُثَ الآخرَ؛ فخررْتُ ساجدًا لربي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku telah meminta kepada Tuhanku dan aku memohon pertolongan untuk umatku. Lalu Allah berikan kepadaku terhadap 1/3 umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku.
Sahabat Perawi
- Sa'ad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis no. 6788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد رضي الله عنه، قال: خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم من مكة نريد المدينة، فلما كنا قريباً من عزوراء نزل، ثم رفع يديه فدعا الله ساعة، ثم خر ساجداً فمكث طويلاً، ثم قام فرفع يديه فدعا الله ساعة، ثم خر ساجداً فمكث طويلاً، ثم قام فرفع يديه ساعة، ثم خر ساجداً، ثم قال: إني سألت ربي وشفعت لأمتي فأعطاني ثلث أمتي؛ فخررت ساجداً شكراً لربي، ثم رفعت رأسي فسألت ربي لأمتي فأعطاني ثلث أمتي؛ فخررت ساجداً لربي شكراً، ثم رفعت رأسي فسألت ربي لأمتي فأعطاني الثلث الآخر؛ فخررت ساجداً لربي. [د، ((الضعيفة)) (3230)]
(Lemah) Daripada Sa'd RA telah berkata: Kami pernah keluar bersama Rasulullah SAW daripada Mekah menuju ke Madinah. Apabila kami hampir daripada 'Azwara', baginda pun turun (dari tunggangan) kemudian baginda mengangkat kedua tangan dan berdoa kepada Allah untuk seketika. Kemudian baginda sujud untuk satu tempoh yang lama, kemudian bangun lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa untuk seketika. Kemudian baginda sujud lagi untuk satu tempoh yang lama, kemudian bangun dan mengangkat kedua tangan. Setelah itu, baginda sujud sekali lagi, lalu bangun dan baginda bersabda: Sesungguhnya aku telah meminta kepada Tuhanku dan aku memohon pertolongan untuk umatku. Lalu Allah berikan kepadaku terhadap 1/3 umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. Kemudian aku mengangkat kepalaku, aku pun meminta kepada Tuhanku untuk umatku, lalu Dia pun memberikan kepadaku terhadap 1/3 lagi umatku, maka aku pun turun sujud sebagai tanda syukur kepada Tuhanku. [Riwayat Abī Dāwud dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3230]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman