Doa Rasulullah SAW untuk merawat penyakit ketumbuhan

TEKS BAHASA ARAB

قولي: اللهم مصغر الكبير، ومكبر الصغير! صغر ما بي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada salah seorang isteri Nabi SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW datang kepadaku dan ketika itu di jariku tumbuh satu ketumbuhan. Lalu Nabi SAW bertanya kepadaku: "Adakah engkau mempunyai wangian?". Lalu Baginda meletakkan wangian itu ke atas ketumbuhan itu lalu bersabda: ((Bacalah: Wahai Allah yang mengecilkan sesuatu yang besar, dan membesarkan sesuatu yang kecil! Kecilkanlah apa yang padaku.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis nombor 3209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بعض أزواج النبي – صلى الله عليه وسلم – قالتْ: دخل عليّ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وقد خرج من إصبعي بثرة، فقال: عندك ذريرة؟ فوضعها عليها وقال: قولي: ((اللهم مصغر الكبير، ومكبر الصغير! صغر ما بي)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4068)].

(Lemah)
Daripada salah seorang isteri Nabi SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW datang kepadaku dan ketika itu di jariku tumbuh satu ketumbuhan. Lalu Nabi SAW bertanya kepadaku: "Adakah engkau mempunyai wangian?". Lalu Baginda meletakkan wangian itu ke atas ketumbuhan itu lalu bersabda: ((Bacalah: Wahai Allah yang mengecilkan sesuatu yang besar, dan membesarkan sesuatu yang kecil! Kecilkanlah apa yang padaku.))
[Riwayat Ibn al-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4068].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs