Doa Rasulullah SAW terhadap golongan Arab

TEKS BAHASA ARAB

إني دعوت للعرب فقلت: اللهم! من لقيك معترفا بك؛ فاغفر له أيام حياته، وهي دعوة إبراهيم وإسماعيل عليهما السلام، وإن لواء الحمد يوم القيامة بيدي، وإن أقرب الخلق من لوائي يومئذ العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku berdoa untuk golongan Arab, aku mengucapkan: Ya Allah! Sesiapa yang bertemu-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya, ia adalah doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Dan sesungguhnya panji pujian berada di tanganku pada hari kiamat dan makhluk yang paling hampir dengan panjiku pada hari itu adalah golongan Arab.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366, hadis nombor 6962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام)
عن أبي موسى مرفوعا: إني دعوت للعرب فقلت: اللهم! من لقيك معترفا بك؛ فاغفر له أيام حياته، وهي دعوة إبراهيم وإسماعيل عليهما السلام، وإن لواء الحمد يوم القيامة بيدي، وإن أقرب الخلق من لوائي يومئذ العرب.
[طب، العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (5880)]

(Munkar dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Abu Musa RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku berdoa untuk golongan Arab, aku mengucapkan: Ya Allah! Sesiapa yang bertemu-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya, ia adalah doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Dan sesungguhnya panji pujian berada di tanganku pada hari kiamat dan makhluk yang paling hampir dengan panjiku pada hari itu adalah golongan Arab.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-'Iraqi dalam Mahajjah al-Qarb. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5880]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs