Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي دَعوتُ للعربِ فقُلتُ: اللَّهمَّ! من لقيَكَ مُعترفًا بِكَ؛ فاغفِر لَهُ أيَّامَ حياتِهِ، وَهيَ دَعوةُ إبراهيمَ وإسماعيلَ عليهما السَّلامُ، وإنَّ لواءَ الحمدِ يومَ القيامةِ بيَدي، وإنَّ أقرَبَ الخلقِ مِن لوائي يومئذٍ العرَبُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku berdoa untuk golongan Arab, aku mengucapkan: Ya Allah! Sesiapa yang bertemu-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya, ia adalah doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Dan sesungguhnya panji pujian berada di tanganku pada hari kiamat dan makhluk yang paling hampir dengan panjiku pada hari itu adalah golongan Arab.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366, hadis no. 6962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن أبي موسى مرفوعا: إني دعوت للعرب فقلت: اللهم! من لقيك معترفا بك؛ فاغفر له أيام حياته، وهي دعوة إبراهيم وإسماعيل عليهما السلام، وإن لواء الحمد يوم القيامة بيدي، وإن أقرب الخلق من لوائي يومئذ العرب. [طب، العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (5880)]
(Munkar dengan lafaz lengkap ini) Daripada Abu Musa RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku berdoa untuk golongan Arab, aku mengucapkan: Ya Allah! Sesiapa yang bertemu-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya, ia adalah doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Dan sesungguhnya panji pujian berada di tanganku pada hari kiamat dan makhluk yang paling hampir dengan panjiku pada hari itu adalah golongan Arab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-'Iraqi dalam Mahajjah al-Qarb. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5880]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman