Doa Rasulullah SAW pada petang hari Arafah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم لك الحمد كالذي تقول، وخيرا مما نقول، اللهم لك صلاتي ونسكي، ومحياي ومماتي، وإليك مآبي، ولك رب تراثي، اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، ووسوسة الصدر، وشتات الأمر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما تجيء به الريح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Hanya milik-Mu segala pujian seperti yang Engkau katakan dan lebih baik berbanding apa yang kami katakan. Ya Allah! Hanyalah untuk-Mu solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku. Hanya kepada-Mu tempat kembaliku dan bagi-Mu Tuhanku, warisanku (kekayaan). Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, waswas dalam dada, dan kekacauan urusan. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang dibawa oleh angin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1446, hadis nombor 7355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: أكثر ما دعا به رسول الله صلى الله عليه وسلم عشية عرفة في الموقف: ((اللهم لك الحمد كالذي تقول، وخيرا مما نقول، اللهم لك صلاتي ونسكي، ومحياي ومماتي، وإليك مآبي، ولك رب تراثي، اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، ووسوسة الصدر، وشتات الأمر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما تجيء به الريح)). [ت، ابن خزيمة، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2918)].

(Lemah)
Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA, beliau berkata: Doa yang paling banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW pada petang hari di Arafah ketika di tempat wuquf ialah: Ya Allah! Hanya milik-Mu segala pujian seperti yang Engkau katakan dan lebih baik berbanding apa yang kami katakan. Ya Allah! Hanyalah untuk-Mu solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku. Hanya kepada-Mu tempat kembaliku dan bagi-Mu Tuhanku, warisanku (kekayaan). Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, waswas dalam dada, dan kekacauan urusan. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang dibawa oleh angin.
[Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah dalam al-Ṣaḥīḥ, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2918].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.