Doa Rasulullah SAW ketika keluar menuju ke tempat solat

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا خرج إلى الصلاة؛ قال: باسم الله، آمنت بالله، توكلت على الله، لا حول ولا قوة إلا بالله. اللهم بحق السائلين عليك، وبحق مخرجي هذا؛ فإني لم أخرج أشرا، ولا بطرا، ولا رياء، ولا سمعة، خرجت ابتغاء مرضاتك، واتقاء سخطك، أسألك أن تعيذني من النار، وتدخلني الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW jika keluar menuju ke tempat solat, Baginda akan membaca: Dengan Nama Allah, aku beriman kepada Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah. Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan) hak mereka yang berdoa kepadamu, dan dengan (kemuliaan) tempat aku menuju kepadanya (masjid), sesungguhnya aku tidak keluar menunjuk-nunjuk, dan bukan kerana sombong, dan bukan kerana riak, dan bukan kerana reputasi, sesungguhnya aku keluar mengharapkan keredaan-Mu dan agar dijauhkan daripada kemurkaan-Mu, aku memohon agar engkau melindungiku daripada api neraka dan memasukkanku ke dalam syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 547, hadis nombor 2862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بلال – رضي الله عنه – مؤذن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((كان إذا خرج إلى الصلاة؛ قال: باسم الله، آمنت بالله، توكلت على الله، لا حول ولا قوة إلا بالله. اللهم بحق السائلين عليك، وبحق مخرجي هذا؛ فإني لم أخرج أشرا، ولا بطرا، ولا رياء، ولا سمعة، خرجت ابتغاء مرضاتك، واتقاء سخطك، أسألك أن تعيذني من النار، وتدخلني الجنة)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (6252)]

(Sangat Lemah)
Daripada Bilal RA, muazin Rasulullah SAW berkata: Baginda jika keluar menuju ke tempat solat, Baginda akan membaca: Dengan Nama Allah, aku beriman kepada Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah. Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan) hak mereka yang berdoa kepadamu, dan dengan (kemuliaan) tempat aku menuju kepadanya (masjid), sesungguhnya aku tidak keluar menunjuk-nunjuk, dan bukan kerana sombong, dan bukan kerana riak, dan bukan kerana reputasi, sesungguhnya aku keluar mengharapkan keredaan-Mu dan agar dijauhkan daripada kemurkaan-Mu, aku memohon agar engkau melindungiku daripada api neraka dan memasukkanku ke dalam syurga.
[Riwayat Ibn Sunni. Llihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6252]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs