Doa pelindung daripada perkara buruk

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إني أعوذ بك من غلبة الدين، وغلبة العدو، ومن بوار الأيم، ومن فتنة المسيح الدجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu (bebanan) hutang, ditindas oleh musuh, bencana perempuan yang tidak dinikahi (tidak dilamar) dan fitnah al-Masih al-Dajjal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis nombor 7236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: اللهم إني أعوذ بك من غلبة الدين، وغلبة العدو، ومن بوار الأيم، ومن فتنة المسيح الدجال.
[طب، طص، خط، الدارقطني في ((الأفراد))، الضياء، ((الضعيفة)) (1651)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW selalu berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu (bebanan) hutang, ditindas oleh musuh, bencana perempuan yang tidak dinikahi (tidak dilamar) dan fitnah al-Masih al-Dajjal.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Daraqutni dalam al-Afrad dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1651]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs