Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهم إني أعوذُ بك من غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وغَلَبَةِ العَدُّوِّ، ومن بَوارِ الأَيِّمِ، ومن فِتنةِ المَسيحِ الدَّجَّالِ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu (bebanan) hutang, ditindas oleh musuh, bencana perempuan yang tidak dinikahi (tidak dilamar) dan fitnah al-Masih al-Dajjal.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis no. 7236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: اللهم إني أعوذ بك من غلبة الدين، وغلبة العدو، ومن بوار الأيم، ومن فتنة المسيح الدجال. [طب، طص، خط، الدارقطني في ((الأفراد))، الضياء، ((الضعيفة)) (1651)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW selalu berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu (bebanan) hutang, ditindas oleh musuh, bencana perempuan yang tidak dinikahi (tidak dilamar) dan fitnah al-Masih al-Dajjal. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Daraqutni dalam al-Afrad dan al-Dhiya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1651]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman